Friday, 13 July 2012

Doa Abu Darda R.A untuk Menyelamatkan Diri serta Harta



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

السلام عليكم


Talha r.a. meriwayatkan:

Seorang telah datang kepada Abu Darda (yg berada di masjid) dan memberitahu rumahnya terbakar. Abu Darda r.a. menjawab "Tidak, rumah saya tidak terbakar,"

Kemudian seorang lagi datang dan juga memberitahu bahawa rumahnya. Beliau menjawab seperti yg pertama.

Kemudian datang lagi orang ketiga dan memberitahu Abu Darda perkara yg sama dan beliau memberi jawapan seperti yg pertama.

Pada kali keempat, seorang datang dan berkata "Wahai Abu Darda! Api telah naik tinggi dan membakar banyak rumah tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api itu telah padam,"

Abu Darda r.a. menjawab:

"Saya yakin bahawa Allah tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W. telah mengajar saya satu doa yg mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan diselamatkan dari semua bala dan musibah hingga petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas setiap Subuh. Oleh itu, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar,"

Doa ini juga baik dibaca apabila kita keluar rumah.



Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Hanya kepadaMu daku bertawakal. Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa sahaja yg dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yg tidak dikehendakiNya, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dgn izin Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Daku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan diriku dan kejahatan sekalian yg melata, yang segala roh mereka dalam genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yg lurus (adil).